Thursday, 6 October 2016

Makna Surah Al-Faatihah

Salam Jumaat.

Tergerak hati saya untuk menulis makna Surah Agung ini. Apabila kita fahami maknanya Allahu akhbar, satu perasaan hiba , syahdu, rindu, sedih semua ada. Sesungguhnya Hanya Kepada Allah Kita Sembah dan Meminta Pertolongan.




Surah Al-Fatihah ini mengandungi 7 ayat. Kerna WAJIB untuk kita baca Bismillahirahmanirrahim dahulu. Dan jika kita tak baca Surah ini setiap rakaat solat, solat kita tak sah tau. Kan, betapa Agungnya surah ini.



Al-Fatihah adalah Pembuka Al-Kitab yang diturunkan dari Perbendaharaan di bawah Arays dan ia merupakan ‘doa’ yang paling mustajab.
Nabi Muhammad SAW bersabda: Seutama-utama Al-Quran adalah ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin.’ (Hadis riwayat Hakim dan Baihaqi)
 Jika diwiridkan dengan khusyuk dan tawaduk, fadhilatnya adalah seperti khatam Al-Quran. Rasulullah SAW bersabda: “Membaca sekali Al-Fatihah, pahalanya seperti membaca sepertiga Al-Quran.”
Rasulullah SAW juga  bersabda: Surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkandalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Makna Surah Al-Faatihah
Ayat 1 : Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayat 2 : Segala Puji Bagi Allah Tuhan Yang Memelihara Dan Mentadbirkan Semesta Alam
Ayat 3 : Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Ayat 4 : Yang Menguasai Hari Pembalasan
Ayat 5 : Hanya Kepada Engkaulah( Ya Allah) Kami Sembah Dan Kepada Engkau (Ya Allah) Kami Memohon Pertolongan.
Ayat 6 : Tunjukilah Kami Jalan Yang Lurus
Ayat 7 : Iaitu Jalan Orang Yang Kau Kurniakan Nikmat Kepada Mereka, Bukan Jalan Orang Yang Kau Telah Murkai Dan Bukan Pula Jalan Orang Yang Sesat.

SELAMAT BERAMAL.

p/s: Jangan Lupa Sedekahkan Al-Faatihah Pada Orang-Orang Yang Kita Sayang, Guru, Customer, Umat Islam Setiap Hari.





Best regards,
Adiana
Pengedar Shaklee Putrajaya
0137131476
Pengeposan Seluruh Malaysia Brunei




4 comments:

  1. Tq adiana atas perkongsian sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  2. Tq adiana atas perkongsian sgt bermanfaat

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana memberi peringatan bersama....

    ReplyDelete

♥ Copyright © Nurul Fatin Adiana | All Rights Reserved | Design by JassmineRosse | Powered by Blogger